|
|
| Wednesday, 27-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anugerah Cemerlang Laman Web Rasmi Kementerian/Jabatan Kerajaan
|
 |
|
www.information.gov.bn
|
|
|
GARIS PANDUAN ANUGERAH CEMERLANG LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN / JABATAN KERAJAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE-14 TAHUN 2007
1. TUJUAN GARIS PANDUAN
Garis panduan ini disediakan untuk memberikan penerangan kepada Kementerian / Jabatan Kerajaan di Negara Brunei Darussalam yang ingin menyertai Anugerah Cemerlang Laman Web Rasmi Kementerian / Jabatan Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-14 Tahun 2007.
2. LATARBELAKANG
Anugerah Cemerlang Laman Web Rasmi Kementerian / Jabatan Kerajaan ini merupakan julung-julung kali diadakan di Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-14 Tahun 2007. Anugerah ini diadakan betujuan memberikan pengiktirafan kepada Kementerian/Jabatan yang menghasilkan laman web cemerlang yang informatif, kemaskini, interaktif dan mesra pengguna di samping meningkatkan kualiti penyebaran maklumat secara dalam talian kepada orang ramai dalam dan luar negara.
3. SKOP PERTANDINGAN
Anugerah Cemerlang Laman Web Rasmi Kementerian / Jabatan ini terbuka kepada semua Kementerian / Jabatan Kerajaan di Negara Brunei Darussalam. Pada peringkat ini hanya laman web rasmi Kementerian / Jabatan Kerajaan sahaja yang akan diberikan fokus penilaian.
Walaubagaimana pun Jabatan Penerangan selaku urusetia anugerah ini adalah dikecualikan dari menyertai pertandingan ini.
4. PANDUAN MEMBANGUN DAN MENYENGGARA LAMAN WEB RASMI
Pihak Kementerian / Jabatan Kerajaan yang ingin membangunkan laman web rasmi masing-masing dinasihatkan untuk merujuk kepada Pusat Teknologi Maklumat, Jabatan Perdana Menteri (bagi permohonan pendaftaran domain baru) dan Akta Penyiaran (Penggal 180) – Tata amalan internet. Bagi agensi-agensi Kerajaan yang telah sedia mempunyai laman web masing-masing, adalah digalakkan untuk merujuk kepada garis panduan yang tersebut diatas ini bagi memperbaiki dan memantapkan lagi laman web mereka masing-masing.
5. PENILAIAN LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN / JABATAN TERBAIK
Laman web rasmi Kementerian / jabatan yang menyertai anugerah ini akan dinilai oleh satu panel penilai yang diwakili agensi kerajaan, pengguna awam, badan perniagaan, ahli akademik dan panel penilai jemputan.
6. KRITERIA PENILAIAN LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN / JABATAN
Pihak penganjur mencadangkan supaya kriteria penilaian akan dibuat menerusi penilaian ke atas laman web secara keseluruhan. Kriteria penilaian dibuat berdasarkan tiga kriteria seperti berikut:
6.1 KANDUNGAN
Utama:
* Memenuhi syarat-syarat Akta Penyiaran (Penggal 180) Kenyataan Tata Amalan Internet
Bahasa Penghantar:
* Penggunaan Bahasa Bilingual (Bahasa Melayu / Inggeris)
* Penggunaan ejaan Jawi
Maklumat:
* Maklumat asas
* Maklumat tambahan:
* (Fungsi, Tugas, Aktiviti, Hyper-rangkai & lain-lain)
* Maklumat lengkap dan tepat
* Maklumat kemas dan terkini
6.2 REKABENTUK
* Mudahguna
Interaktif
- Mudah faham
- Kreativiti
* Mempunyai daya tarikan
7. BENTUK HADIAH PERTANDINGAN
Berdasarkan kepada skop penyertaan dan kriteria penilaian, sebanyak dua kategori anugerah akan diberikan. Sebanyak enam hadiah penghargaan akan disediakan. Selain itu sijil penyertaan akan diberikan kepada semua kementerian / jabatan yang akan menyertai anugerah ini. Kategori hadiah yang akan diberikan adalah seperti berikut:
7.1 KATEGORI KEMENTERIAN
1 Hadiah Pertama (wang tunai $500.00 bersama plaque dan sijil)
1 Hadiah Kedua (wang tunai $350.00 bersama plaque dan sijil)
1 Hadiah Ketiga (wang tunai $250.00 bersama plaque dan sijil)
7.2 KATEGORI JABATAN
1 Hadiah Pertama (wang tunai $500.00 bersama plaque dan sijil)
1 Hadiah Kedua (wang tunai $350.00 bersama plaque dan sijil)
1 Hadiah Ketiga (wang tunai $250.00 bersama plaque dan sijil)
8. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis penyampaian hadiah kepada kementerian / jabatan yang berjaya akan diadakan pada bulan April 2008. Tarikh akan ditentukan oleh pihak penganjur kemudian.
9. PAMERAN LAMAN WEB KEMENTERIAN / JABATAN
Semua pemenang dikehendaki mempamerkan laman web kementerian / jabatan masing-masing pada ruangan yang akan disediakan khas semasa Majlis Penyampaian Hadiah-Hadiah “Anugerah Cemerlang Laman Web Rasmi Kementerian / Jabatan. Pihak urusetia akan menyediakan kemudahan komputer dan sambungan internet sahaja.
10. PENYERTAAN ANUGERAH
Surat jemputan bagi menyertai anugerah ini akan diedarkan kepada semua kementerian / jabatan. Kementerian / jabatan dikehendaki memberi jawapan pengesahan penyertaan melalui borang yang dilampirkan. Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Urusetia Anugerah Cemerlang Laman Web rasmi kementerian / Jabatan Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-14, 2007 bertempat di Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas.
Semua Kementerian / Jabatan yang telah mengesahkan untuk menyertai anugerah ini diberi tempoh untuk membangun dan mengemaskini laman web rasmi Kementerian / Jabatan masing-masing sehingga 16 Mac 2008.
11. PERTANYAAN
Maklumat lanjut mengenai anugerah ini boleh didapati melalui urusetia yang berpusat di Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas. Pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:
a. Dayang Sastra Sarini bte Haji Julaini
Tel. 2383 400 (samb. 322)
Email: sarini.julaini@information.gov.bn
b. Awang Haji Ariffin bin Mohd Noor
Tel. 2383 400 (samb. 302)
Email: ariffin.noor@information.gov.bn
c. Dayang Hajah Noorhijrah bte Haji Idris
Tel. 2383 400 (samb. 302)
Email: noorhijrah.idris@information.gov.bn
d. Awang Ishak bin Haji Othman
Tel. 2383 400 (samb. 222)
Email: ishak.othman@information.gov.bn
Garis panduan dan borang penyertaan anugerah ini boleh di muat turun di laman web rasmi Jabatan Penerangan di www.information.gov.bn
Manakala bagi pendaftaran laman web yang baru bolehlah berhubung dengan Pusat Teknologi Maklumat, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Setiausaha Kerajaan (State Secretariat Building), Bandar Seri Begawan bersama pegawai berikut:
e. Dayangku Zuraidah bte Pengiran Haji Ibrahim
Tel. 2221084
Email: zuraidah.ibrahim@pmo.gov.bn
12. PENUTUP
Anugerah ini dirancang bukan sahaja untuk memberi galakan kepada agensi Kerajaan dalam menyediakan laman web rasmi yang berkualiti tetapi juga sebagai persiapan untuk menangani cabaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa di Negara Brunei Darussalam.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tunas Bangsa
|
 |
|
www.nationalday.org.bn
|
|
|
|

BRUNEIANS will be able to find out about the latest news and information regarding this year's National Day celebrations online after its' website was officially launched yesterday.
The Information Department announced yesterday that the the website, which obtains news and information pertaining to the national celebration was made available.
The url for the website is www.nationalday.org.bn and is aimed at keeping those interested with the events, with their respective preparations already in full swing.
Amongst the content available on the website are resources that will prove to be insightful and useful learning tools for the younger generations to learn about the history revolving around Brunei Darussalam's National day.
Alongside the titahs made by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, from previous national days, there are also sound bytes and audio clips available, the various themes of national day which have past as well as the logos, photos and much more.
The potential of the website has been lauded by members of the public who were privy to the announcement, and some have also called for it to be maintained.
"This is a great way for younger Bruneians, those who find text books boring, to get intouch with the history of the country" said Mohammed, who said that the interactive nature of the website is simple and easy to use.
The Brunei Times
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Oct-2007 07:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fwd Email: KAIT BETAKANG
|
|
KAIT BETAKANG
Ani kisah se orang Melayu yang udah tua dan bearta (kaya) tapi kait betakang. Semua kan bekira. Mesti beli yang murah. Kalu beli mesti untung. Beli baju sais besar (banyak kain sama harga).
Ia ani nda pernah ke kadai kopi (kadai minum).
Entah satu hari macam mana tebuka ati nya kan ke kadai minum di kampung nya. Ada jua ia tedangar pelayan nya lawa lawa di sana atu lagipun ia ani baru kematian bini.
Sampai di kadai ia betanya arah pelayan bini bini di sana atu....... lebih kurang macam ani bunyi nya....
Orang Tua: Minuman apa kamu jual di sini dang?
Pelayan: Macam macam ada, ada yang panas, ada yang sejuk dan ada dalam tin
Orang Tua: Beapa arga nya?
Pelayan: Yang panas 60 sen, yang sejuk $1.20 dan yang dalam tin $1.00.
Orang Tua: Bah juali ku kopi panas, banyak banyak kopi sama gula nya (kan mau untung banyak gula sama kopi tapi harga sama).
Pabila saja sampai kopi panas nya Orang Tua tadi pun minum dangan cepat nya walaupun panas. Nda lama lapas atu kopi panas atu habis di minum. Pelayan dan orang sekeliling nya terkejut dan heran lalu pelayan tadi betanya kenapa Orang Tua atu minum cepat.......... Nya Orang Tua atu...........
Jamu jua antai minuman hangat 60 sen, minuman sajuk $1.20, Ku minum capat capat, mun lambat kang sajuk tia, mun sajuk membaiii ku $1.20.........ani 60 sen sajaaa ku baaii. [u]
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Oct-2007 15:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ada-ada saja
|
|
Lucky Draw Number
NBT & Lexus 2007 Hari Raya Decoration
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Oct-2007 11:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
How Beijing Olympic Logo Come From
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Sep-2007 15:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan Tengku Abdul Rahman / Masjid India Kuala Lumpur
|
|
 |
|
In front of Sogo KL
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Sep-2007 04:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat
|
|
Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat ...selanjutnya sila layari http://www.information.gov.bn/HMSF/HM.html
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Sep-2007 01:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Zakat Fitrah 1428H / 2007M
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Sep-2007 00:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Smile
|
|
Word - The Bee Gees
Smile an everlasting smile, a smile can bring you
Near to me.......
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Sep-2007 00:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PHP Video Tutorial & Happy Teachers Day
|
|
Another good stuff to learn and share - http://www.phpvideotutorials.com/.
So enjoy watching...
p/s: To all teachers in Brunei Darussalam wishing you all a Happy Teachers Day
|
|
|
|